Banner image

Acar Timun Gula Apong sebagai pencicah keropok keping paling terkenal di Sarawak

Acar Timun Gula Apong merupakan pencicah keropok keping yang sangat terkenal di bumi kenyalang dan ia juga merupakan makanan tradisi masyarakat Sarawak terutamanya pada musim perayaan. Ia sangat berbeza dengan acar timun yang lain yang ada di Sarawak kerana ianya telah dimodifikasi dengan menambah ramuan Gula Apong Sarawak di dalamnya. Selain pencicah keropok keping, Acar Timun Gula Apong ini juga sesuai di makan bersama nasi. Acar buah pula dimakan dengan pelbagai jenis nasi. Kami menggunakan buah yang berkualiti tinggi. Kelainan acar buah kami pula, kami tambahkan gula apong dan beberapa lagi ramuan-ramuan yang lain menyebabkan acar kami terasa lebih sedap. Acar haruslah di simpan di dalam chiller supaya bertahan lama. Rasa manis gula apong, pedas-pedas manja disukai ramai. Anda harus cuba acar ini!

All Products

Ada 2 pilihan acar iaitu Acar Timun Gula Apong & Acar Buah Premium.

PENCICAH KEROPOK KEPING

Dibuat dengan Cinta dan Tradisi Acar Timun Gula Apong kami direka dengan penuh teliti, menggunakan resipi tradisional yang diturunkan dari generasi ke generasi. Kami mendapatkan gula apong terbaik dan timun segar untuk memastikan setiap balang penuh dengan rasa dan kualiti asli. Acar timun ini sesuai di makan dengan keropok keping.

DIMAKAN BERSAMA PELBAGAI JENIS NASI

Acar buah premium ini sesuai di makan dengan nasi minyak, nasi briyani, nasi tomato, nasi hujan panas, nasi arab, nasi putih atau pun di ratah begitu saja. Rasa manis dari gula apong yang berlemak, rasa sedikit pedas dan masam membuat acar buah kami lebih sedap. Nikmati kesedapan acar buah kami sekarang. "Pesan Sekarang untuk Nikmati Kelezatan yang Tidak Terlupakan"

Kelainan Acar kami

Kelainan Acar kami

Permintaan produk "ACAR" gula apong atau gula nipah yang hanya dihasilkan secara tradisional di Sarawak kian meningkat kerana rasanya manis berlemak dan memiliki aroma tersendiri. Rasanya ada kelainan berbanding dengan acar-acar lain yang tidak di campurkan gula apong. Sambutannya yang sangat luar biasa kerana makanan ini adalah makanan tradisi khas Sarawak..
More detail